Saturday, April 17, 2010

renung-renungkan lah....

"Dan janganlah kamu berbahas dengan ahli kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka dan katakanlah (kepada mereka): Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu dan kepadaNyalah, kami patuh dengan berserah diri."
(Al-Ankabut:46)

dikala kita merasakan kita ini umat terbaik,ingatlah akan peristiwa syaitan laknatullah dimana Allah S.W.T menperintahkannya tunduk sujud kepada nabi Adam A.S,tetapi syaitan laknatullah enggan berbuat demikian kerana bangga dirinya diciptakan dari api!walhal sebelum Adam diciptakan syaitan laknatullah tidak pernah kufur berzikir kepada Allah S.W.T...
Janganlah berbangga diri tapi kita perlulah bersyukur dan merendah diri kerana kita juga tidak mampu memilih untuk lahir dalam keluarga Islam, dan ketika menerangkan Islam kepada mereka perlulah dilakukan secara berhikmah dan berakhlak.

renungkan lah wahai saudaraku...aku mengingatkan kepada diriku sendiri,jika ada salah tutur kata diharap dapat ditegur.segala kesalahan aku datangnya dari kelemahan aku sendiri..sekian,wassalam...

3 comments:

Penulis Setia said...

kita insan yang lemah,,saling tegur menegur perkara baek..tp nk tegur org buat slah..sushnye la..lemahnye iman

Unknown said...

ada 3cara nk tegur org ikut dlm hadis k ape..
1st,guna tangan...
2nd gna mulut
3rd gna hati..niat agar kita xbwt kesalahan tu..sesungguhnya,ianya adalah selemah2 iman...

Penulis Setia said...

oh....;))