Wednesday, April 14, 2010

aduh sakitnya~~~~arghh!!


tanggal tarikh 17march 2010 bersamaan dengan hari rabu minggu keempat,seperti kebiasaannya kami para mahasiswa universiti akan menjalankan satu program merentas desa di bukit sg,besi..seperti yang kita sedia maklum,bentuk muka bumi yangg berbukit-bukau akan menambah lagi semangat bara bagi mendaki bukit sg.besi tersebut...
dianggarkan jarak dari padang utama universiti merentas ke bukit sg.besi satu pusingan lengkap adalah 4-5km..tidak seberapa jauh tetapi cukup memenatkan bagi mereka yang tidak mempunyai daya fizikal serta mental yang kuat disamping dengan latihan sukan setiap petang...maksudnya bagi mereka yang membuat latihan membesarkan punggung dan perut akan merasa mustahil
oleh yang demikian,masa maksimum untuk menghabiskan larian merentas desa tersebut ialah 45minit bagi lelaki dan tambah 10minit lagi iaitu 55minit bagi wanita.ini membolehkan tahap fizikal yang ideal bagi para siswazah yang melanjutkan pelajarannya disini universiti ini...ok,..cukup untuk pengenalan...

dimulakan cerita,aku memulakan larian seperti biasa;tenang tanpa gangguan,melangkah terus tanpa perlu memikirkan sebarang masalah,terus melangkah menghampiri beberapa orang siswazah yang mendahului aku jauh kehadapan..sebelum ini,kami akan dipecahkan mengikut batalian masing-masing mengikut haluan yang biasa diberikan(kiri dan kanan) tetepi petang itu,para jurulatih ingin mengubah permulaan larian iaitu dengan melepaskan para siswazah mengikut satu haluann sahaja.oleh itu,dapatkah kamoo mengimiginasikan betapa padatnya haluan bukit tersebut?sangat lah kucar-kacir jadinya..

secara tidak lansung,aku teruskan larian seperti biasa tetapi banyak membuat kilasan bagi mengelak daripada bertembung dengan para siswazah lain..pada permulaannya amat lancar sehingga aku dapat menghitung mereka yang memakai baju berwarna biru sama sepertiku meluru pantas dihadapan ku...aku kira-kira lebih kurang 5 ke 6 orang.mantap sungguh..walhal,aku masih mengharungi satu kelompok yang constant speed(aku gelarkan mereka satu kelompok besar sebab ramai sangat berkelompok).

untuk dijadikan cerita,semasa dipertengahan larian semasa aku sibuk mengorak langkah mengelak manusia seorang demi seorang tanpa gagal aku terus ghairah dengan larianku...mulutku terus memuji kebesaran allah walaupun nafasku tercungap-cungap menyedut oksigen.terus-menerus aku berlari sehingga tiba masa untuk menuruni bukit.aku terus mengelak mereka yang mendahuluiku terutamanya abang-abang tahun akhir.

aku menganalisa bentuk cerun bukit yang berliku-lekuk yang agak bahaya..tapi disebabkan semangat ingin memintas mereka yang seangkatan denganku,keselamatan diri tidak lagi ku hiraukan...menuruni bukit terus-menerus membuat kan aku lalai.sehinggakan tragedi yang tidak ku ingini berlaku..jeng,jeng,jeng..

aku terpecok dan hampir jatuh disebabkan terpijak batu yang besarnya genggaman tanganku.saketnya tidak dapat ku luahkan disini.aku biarkan saja sakit dipergelangan kaki sebelah kiriku demi menyenbunyikan maluku di hadapan abang-abang yang aku pintas tadi..aku terus berlari walaupun perlahan.aku tahan dan terus memoralise kan diri sehingga ke garisan penamat iaitu batu putih di hadapan padang utama universiti..aku slamber dalam kesakitan yang ku alami.




aku cube tahan tetapi tidak berdaya kerana kakiku bengkak hingga menyukarkan sesetengah pergerakan ku seperti menunaikan solat,berenang dan lain-lain lagi..aku ingatkan hilang nya bengkak akan membuatkan hari-hariku semakin okay tetapi fikiranku meleset sama sekali..

semalam,13april 2010 kakiku masih lagi sakit.walaupun aku dapat menunaikan solat seperti biasa tetapi ketika berenang aku masih lagi lemah.aku tidak dapat bergerak pantas didalam air seperti dulu..mungkin ini cabaran dari-Mu.aku akan tetap teguh berdiri menempuh hari-hari mendatang..

2 comments:

Penulis Setia said...

so..da oke kot kan..bpe lame bangkak tu surut

Unknown said...

bengkak tu 4,5hari dah surut dah...
memang nampak ok,tp saket dy terase time aku p swim..ntah la..aku tahan ja